Saya seharusnya menjelaskan apa yang datang dahulu jika berada dalam keadaan tersepit
Saya patut bertenang
???
Thursday, October 6, 2011
Thursday, August 25, 2011
Dah nak habis~
Assalamualaikum
Harini 25Ogos bersamaan 25 Ramadan. Maksudnya? Ramadan pon dah nak habis. Pas Ramadan, Syawal lah kan. Raya pon dah start menjengah2. Pas raya lagi apa maksudnya? Haa cuti sem pon dah nak habis! Grr. Dah nak dekat 4 bulan aku bertapa kat rumah, sikit lagi nak kalahkan time pas spm aritu. Lama tak lama lak kan. Apa yang aku dapat sepanjang cuti ni? haa jangan tanya! Nanti aku meraup muka sambil geleng2 kepala dan mengelap air mata dan menghembus hidung. Over sudahh~ huhu.
Kacau2! Tak syok rasa bangun pagi tiap2 hari dok hitung tinggal lagi bape hari..Haha nasiblah kan siapa suruh kira. Bergolak perasaan sampaikan hormon dalam badan pon nak memberontak sama. Estrogen dengan progesteron da tolak menolak siapa yang patut rembes banyak, siapa yang patut duduk diam. Hasilnya, buatkan emosi aku kacau. Eehhh mana dulu ni? Hormon punya pasal ke emosi tak stabil dulu? Ayam ke telur dulu? Hahaa lagi sekali melerettt.
Bulan puasa pon da tinggal lagi 4 hari. Terawih pon da tinggal lagi 4 malam termasuk malam ni. Tahun ni Ramadan 29 hari je. Huk huk jomlah sama2 wat yang terbaik untuk hujung2 ni. Entah2 ni Ramadan terakhir? 'Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah' - Laksamana Sunan.
p/s: Ogos tahun ini paling meriah kot. Waktu ni lah cuti sem, puasa sebulan masa bulan ni, raya pon jatuh bulan ini, merdeka day pon bulan ni dannn besday aku pon bulan ni! Hak hak. Lastly, Happy National Day, Malaysia!
Sunday, August 14, 2011
award lagi!
Assalamualaikum
Haa dapat award lagi~~
haha..stylo jugak rupanya aku. Award kali ni takde apa2 requirement. So bolehlah kot nak cerita apa2. Hehee. Penganugerah award ni ialah tak lain tak bukan adalahhh puan maira hehe terima kasih sekali lagi yeh maira..
Moh cite siket pasal dia ni. Dia ni kawan rapat masa kat muoo. Dulu selalu datang lepak bilik dia tiap2 malam lepas prep, tiap2 tengahari pas kelas, tiap2 petang pas kelas, tiap2 pagi2 kalau sempat, tiap2 pagi, petang, malam sabtu dan ahad, tiap2 kali nak turun makan, tiap2 kali nak turun riadah. Tiap2 lagi..Setiap masa dan ketika. Haa, taksah kalo tiap2 hari tu tak singgah dan lepak jap bilik dia. Bukan setakat singgah, malah kadang2 bermalam dan selalunya mengepau stok beliau lagi especially biskut berass~ hee. Bilik maira ibarat bilik kedua aku. Hehe. Taktau la nape, tapi bilik dia nampak sangat sejuk dan nyaman malahan menarik dan tenang untuk dilepak sana. Hee gomen ne maira chan. u're owes the best comfort. arigatou..
Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kamu sekeluarga setiap masa dan ketika di atas setiap kemurahan dan kebaikan hati kamu itu. Watashiwa, anata aishiteimasu!!!. itsu demo egao wa wasurenai! (nilah hasil perguruan dengan google :P) Harap2 pasni dapat lepak samaa!! wuuu...
Oklah cam biasa award haruslah dipass kan. Benda baik haruslah dikongsi bersama. Agak2 orang yang stylo adalah:: hehe
Saturday, August 13, 2011
Oh Ramadan~
Assalamualaikum
Berlalu sudah fasa pertama Ramadan..Apakah perasaan kita apabila fasa 1 sudah meninggalkan kita? Dan kini kita sedang di fasa 2 Ramadan..
Fasa 1 (10 hari pertama) : Rahmat dan kasih sayang Allah
Fasa 2 (10 hari pertengahan) : Magfirah dan keampunan dari Allah
Fasa 3 (10 hari akhir) : Kemerdekaan dari api neraka
Bulan Ramadan ialah bulan yang ada keistimewaan dan kelebihan yang terhitung banyaknya. Antara kelebihan2 Ramadan ialah:
- ditutup pintu pintu neraka, dibukakan pintu pintu syurga
- dibelenggu Iblis dan Syaitan
- Membaca Alquran diberi ganjaran 10 pahala pada setiap hurufnya
- setiap amalan sunat diberi pahala wajib
- setiap amalan wajib diberi 70 kali ganda pahala
Sunday, July 17, 2011
Thursday, July 14, 2011
Welcome ramadhan ^^
Assalamualaikum
Haha takcam excited lebih lak wish awal2. Sedar tak sedar nak dekat 2 minggu lagi nak bulan puasa. Alamak bestnyee. Ingat tak dulu2 pas da nak abes ramadhan, selalu tok imam doa moga2 kita diberi kesempatan untuk bjumpa di ramadhan yang akan datang. Dan bila sampai je ramadhan, awal2 tu selalu tok imam ke pengerusi surau cakap syukur diberi kesempatan jumpa lagi ramadhan. Wahh syahdunya. Yelah, dalam masa setahun tu macam2 boleh jadi.
Jadi, moga2 kita semua diberi kesempatan dan kekuatan untuk berjumpa lagi dengan bulan ramadhan tahun ni dan seterusnya. Moga2 kita dapat melipatgandakan lagi amalan kita. Amin
Jadi, moga2 kita semua diberi kesempatan dan kekuatan untuk berjumpa lagi dengan bulan ramadhan tahun ni dan seterusnya. Moga2 kita dapat melipatgandakan lagi amalan kita. Amin
Sempena ramadhan yang bakal datang ni, aku nak ajak semua untuk sama2 baca novel ni. Apakah? tiba2...haha. Ni novel bukan sebarang novel. Novel baik punyee
Novel tersebut adalah~
Haha mesti ramai da pon baca. Takpe, siapa yang tak baca lagi, dengan ini saya menyeru anda semua supaya mendapatkan novel ni. "Contengan Jalanan" oleh Hlovate. Penerbit: Jemari Seni
Bacaan yang santai, menarik dan sgt informatif. Tak berat sangat tapi ada mesej yang sangat baik. Ahaa dah alang2 aku promote buku ni, eloklah aku promote sekali buku2 beliau yang lain. Bolehla usha2 novel dia kat website Jemari Seni.Tak mengecewakan. Dia ni favourite author aku selain Ramlee Awang Murshid. Alahai, sukanya aku kat dorang ni. Ngee. Antara ayat2 dalam buku ni
"The man who decided to change on the 12th hour dies on th 11th".
Haa nak tau lagi, bolehla baca. Aku tak pandai nak explain lagi. Nak baca, bolehlah start dengan chapter 1- Fend baru proceed dengan chapter 2- K2.
Okehla, berbalik kat bulan ramadhan tadi, eloklah kalau anda semua baca2 buku ni, dapatlah kita semua merasakan roh ramadhan. Eh bulan pon ada roh tau :)
Dan semoga ayahku diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk sama2 menjalankan ibadah puasa dan melipatgandakan lagi ibadah di bulan Ramadhan ini. Ya Allah, berilah kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ayah. Amin
Akhir kata, salam ramadhan to all :)
Wednesday, July 13, 2011
award lagi :D
Assalamualaikum
Eh dapat award lagiii. Haha. Terima kasih kat my@shitara yang selalu tak lupa untuk share awardnye ngan aku... :D
Syarat kelayakan award ni - haruslah senaraikan 7 benda yang orang tak tau mengenai diri kita
Eh dapat award lagiii. Haha. Terima kasih kat my@shitara yang selalu tak lupa untuk share awardnye ngan aku... :D
Syarat kelayakan award ni - haruslah senaraikan 7 benda yang orang tak tau mengenai diri kita
7 benda yang agak2 orang taktau adalah seperti berikut:
satu
Sangat malas n lemah untuk bawak kete. Akan bawak bila betul2 takde orang lain yang boleh bawak. Dan sangat berdebar n segan untuk bawak penumpang dalam kereta yang dipandu. cewahh :)
dua
Takut lah nak bawak motor. Takut tapi mahu. Dan selalu kantoi untuk start kan moto. Biasanya orang lain yang akan start kan. Dan selalu rasa moto tu berat. Cehh. Siapa kata bawak moto cam bawak basikal? tak sama okay, huh. hahhaha. Moga2 perjalanan aku dapatkan lesen moto ni dipermudahkan.
tiga
Agak pelattt. huishh
empat
Pemalu? hehe
lima
Sangat suka tengok kawan2 sebaya try wat masakan baru especially Maira lah. Sangat teruja tapi dalam masa yang sama sangat malas nak ikut jejak langkah dorang. Haishh
enam
Suka nak pergi jalan2 tapi kemampuan dan keinginan nak bawak kete adalah halangan terbesar. Haha
tujuh
Suka berangan. hehe
Award ni akan diturunkan kepada penama2 berikut:
-farawahida
-najihah
-deqie ieza
-fathin
-ika
dan juga kepada sesiapa yang sudi :D
Subscribe to:
Posts (Atom)


