Thursday, February 28, 2013

Assalamualaikum

Tiada siapa yang tahu pesanan malam tu pesanan ayah yang terakhir. Tiada siapa tahu kerenah pelik-pelik ayah tu satu tanda. Siapa sangka makanan yang ayah makan tu makanan yang terakhir. Siapa tahu yang permintaan tu permintaan yang tiada lagi ulangan lepas ni. Panggilan tu pun tiada siapa tahu yang lepasnya takkan ada lagi panggilan2 ayah. Sihat sekejap itu sebelum pergi juga satu tanda. 

Tiada yang tahu ramadan dua tahun lepas ramadan ayah yang terakhir dalam keadaan sihat. Siapa sangka lebih kurang dua tahun terakhir ayah diuji sebelum dipanggil. Tiada yang sangka raya haritu raya yang terakhir. Siapa tahu solat yang bilakah jadi solat yang terakhir ayah. Macam manakah keadaan ayah ketika di hujung nyawa. Macam mana keadaan ayah ketika berdepan dengan malaikat ketika nafas di hujung. Apalah agaknya khabar ayah di sana. Sebak. Rindu. Moga ayah tenang mengadap ilahi.  Moga dosa ayah diampunkan, diberi rahmat dan ditempatkan bersama kekasihNya. Dan moga kepulangan itu juga yang sebaiknya.

Benarlah, janji Allah itu pasti. Di bumi manakah kita akan mati, kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui

 Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya. (Luqman:34)






Tuesday, September 18, 2012


     “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Bangun pagi yang tak berapa nak pagi dah, tiba tiba teringat ayat di atas. Sebelum ini ibarat angin lalu, tapi bila terkena dengan sesuatu perkara, dengan tak langsung kaitkan pulak peristiwa itu dengan ayat ini. Barulah betul menusuk hati. Sungguhla aku sangat sukakan sesuatu dan boleh jadi ia buruk bagiku dan aku bencikan sesuatu, dan boleh jadi ia baik untukku.

Ya Allah, damaikanlah hatiku. Jadikan aku redha..Aku sungguh lemah. Rapuhnya hati, jiwa dan perasaanku. Malu aku untuk meminta-minta sedangkan amalan tak setimpal. Namun, hanya Engkau sahaja tempatku meminta minta..Ampunkan dosaku, dosa ibu bapaku, ahli keluargaku, kawan kawanku dan guru guruku..

Monday, February 27, 2012

Saturday, February 4, 2012

Kahwin~

Assalamualaikum

21 Jan 2012 itu hari ialah hari perkahwinan Syima, kawan sekolah sejak sek rendah sampailah ke muar. Alhamdulillah seorang lagi kawan dah selamat melangkah ke alam baru. Tahniah syima!. Barakallah dan selamat pengantin baru! So, dah nama budak kelas kawen kan, semangat lah kitorang yang sekelas ni (sains 7, muar) nak pergi. Kat situ jugak, terserempak dengan sebah (kawan sek rendah - f3), yaya dan farah (kawan sek rendah).






Eh eh ehh banyak lagi gambar kitorang dari gambar pengantin. Haha. Oh ye, SEMUA gambar kat atas ni dari haziq..! Kredit untuk haziq. Tak pernahnya gambar dalam blog aku ni dari kamera aku sendiri :( Asyik menumpang je kan. kan..

Mintak-mintak praktikal ni dapat elaun yang cukup BANYAK untuk aku beli kamera idaman untuk pergi jalan2 ke tempat impian. yihuu..! Apa yang idaman dan impian sangat tuh?

Nikon CoolPix AW100
Source: Nikon
Oh oh tapi mahal sungguh la ini kamera. Tapi apa yang best sangat dengan kamera ini? Sebabnya sangat sesuai untuk aktiviti outdoor dan WATERPROOF!.  Bila dah waterproof tuh, bolehlah aku bawak kat tempat bawah ini dan buat aktiviti macam kat bawah ni..Tak gitu?
Perhentian
Source: Google
Snorkelling
Source: Google

Apa yang menarik sangat dengan Perhentian ini? Pemandangan bawah air sangatlah cantik! Kalau bernasib baik, bolehlah jumpa shark dan penyu. Akanku jejak ke sini satu hari nanti. Jadi, kamera, perhentian dan snorkelling itu wishlist aku yang diupdate untuk masa sekarang. eheh. Amin. Mudah-mudahan.

Dan, barakallah juga kepada seorang  member lama dan baik yang selamat melangsungkan perkahwinannya seminggu lepas syima..Selamat, selamat!



Tuesday, January 31, 2012

Canopy walkway, FRIM Kepong


Assalamualaikum.

Hari makin hari makin malas update blog. Hari makin hari malas nak type2. Rasa cam nak tepek gamba je, tapi tu pon malas jugak nak tunggu upload gambar. Akhirnye setelah gigih berperang dengan malas tu, terhasillah entry pertama tahun 2012! *clap..clap, tepuk tangan*. itupun lepas beberapa hari, tak siap2 -.-

Hari tu gigih pergi FRIM, Kepong sebab nak naik canopy walkway. Pergi dengan kakak sarawak dan bawa bersama mak ayah, adik dua orang dan 'adik-adik' yang tiga orang tu. Konon nak pergi awal pagi tapinya da janji melayu, gerak lambat jugak. Matahari pon da keluar, nasib baik banyak pokok situ. Pastu, buat bayaran dulu kat bawah, kat Pusat Bayaran Setempat. Harga tertera cam gambar kat tiket bawah. Oh ye, siapa yang berminat, bolehla pergi. Canopy walkway ni dibuka setiap hari kecuali isnin dan jumaat. 9.30 pagi-2.00 petang. Last trip 1.30 petang. Semuanya bergantung juga kepada keadaan cuaca. Kepanjangan Canopy walkway ni kira-kira 150m.



Teruskan perjalanan. Mula- mula tengok oh canopy walkway ni 900m ke hadapan je. Dah seronok, takdelah jauh sangat eh? Ermm tapi...


400 m pertama jalan camni, okeh masih boleh bertahan. Nasib baik dah warm up panjat broga hill 2 days before :)

Okeh lagi 500m ke hadapan...lebih perlukan tenaga..







Akhirnya..setelah lebih kurang 40 minit *termasuk duduk2 rehat*







Antara pemandangan indah sepanjang walkway..:)





Perjalanan setelah turun walkway..







Agak menarik sebab lepastu akan jumpa air terjun. Perjalanan seterusnya adalah mengikut aliran air ke bawah.







Yeay! :D

Friday, December 9, 2011

kemudahan ketika kesulitan

Doa Saat Ditimpa Kesulitan (Mohon Kemudahan)



Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


 “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”

Mudah2an diberi kekuatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan

Sunday, October 30, 2011

tak patut

assalamualaikum

aku bukanlah anak yang baik
malahan bukan juga adik yang baik
kakak yang baik?jauh sekali...
















tapi...



















mak, ayah, kakak2, abang dan adik2 aku semuanya baik dengan aku..

sobs..tak patut =.=