Tuesday, December 28, 2010

cuti-cuti: part II (MAHA)

yer kawan-kawan, untuk entry kali ini, saya ingin share yang saya telah g ke maha!!

maha itu ialah Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism..
Terletak di serdang dan dibuat sekali dalam 2 tahun shaja!
haha, aku tau ni cita lama, hujung bulan 11 ari tu benda ni da abes.da basi da weh!! haha x kira!
First time aku pergi dan bila aku da sampai sana baru aku tahu yang maha ni 2 tahun sekali je!! fuhh seb baik pergi :))

Sampai tengahari, kete nak masuk da beratur panjang.so, kawan2, kalo nak pergi, pastikan pergi awal-awal pagi ok.Maha ni kalo tak silap, ialah pameran terbesar di asia!!ke asia tenggara ntah..haha
tapi memang syok gila! da la besar! nak jalan2 nek ketapi ok!

Kat situ, ada banyak dewan yang menempatkan banyak barang jualan dan pameran. Contohnya cam ada 1 dewan tu ada barang makanan macam kerepek. sos, kek..memang besar weh!! serious tak tipu! Kat dalam dewan tu je ada beratus2 booth dan setiap booth tu of course ada sample product untuk tarik pembeli. huh! G je la setiap booth tu untuk rasa, boleh kenyang je dengan makan sample..hehe

Pastu ada dewan lain cam ada pameran pasal negeri2, agensi2 yang terlibat dalam pertanian ini..banyak lah!

Dan selain ada beberapa dewan, kat tempat lain pula ada taman-taman cam taman binatang ternakan, sayuran, mesin dan jentera dan lain-lain.tak ingat dah, lama sangat dah pergi.

Cam kat taman binatang ternakan tu ada pameran lembu, kambing dan dibuat lelongan sekali.
Kat taman sayuran pon, ada pokok-pokok yang agak besar luar biasanya.

Selain itu, ada rumah negeri.semua negeri ada.Dan aku berpeluang untuk pergi ke rumah terengganu.ada penyu! 1st time aku tengok penyu secara live! hee.Besar gak bapak penyu dan anak penyu pula kecik comel sangat. So dapat disimpulkan yang aku sangat meminati penyu lagi2 lepas tengok live! haha!

Sangat la besar dan banyak dan luas kat situ.Aku tak sempat pon nak pusing habis tau! Aku ada kat sana dari 11 pagi sampai pukul 9 malam! dengan hujan lagi, terpaksa stop singgah..

ni kat rumah negeri melaka

kat rumah negeri perlis

ini kat taman sayuran.Besar tu, boleh makan, buat kenduri pon da cukup pakai 1 batang!

anak penyu agar kat rumah negeri terengganu



So kawan2, marilah kita serbu maha dua tahun lagi ok! maha ni open from 10am to 10pm. masuk free je cuma bayar parking dalam rm2. memang syok! dan jangan lupa:-
  1. datang awal untuk elak jem, 
  2. bawak duit yang banyak untuk shopping,
  3. pakai kasut bagi senang jalan, 
  4. bawak beg skola pon xpe, asalakan boleh pakai kat dua2 bahu, yela kot banyak lak kan shopping
  5. bawak telekung walaupun provided tapi orang sangat ramai so takut tak cukup. Fasiliti memang terbaik,toilet surau ada banyak. 
  6. dan jangan lupa bawak payung sebab panas dan hujan..
  7. dan kalo boleh, rancang la dulu aktiviti anda, err mungkin pergi jalan2 kat semua taman dahulu baru pergi beli2..*barulah x berat angkut beg ke hulu hilir.`
ok.see u! i love u maha!mmuahh


2 comments:

atinhs89 said...

nak pegi tapi jauh :(

amalina said...

hehe.singgah umah aku.kita pergi sama2.2 tahun lagi, insyaAllah ada kete da.hee :P