Friday, June 3, 2011

Jalan2 KK

Assalamualaikum

Pada tahun lepas, family aku telah mendapat jackpot! aceh tipu je..Sebenarnya pada bulan tersebut, kami sekeluarga mendapat tilet flight termurah pernah aku tengok ke KK. Okeh, cerita sebaliknya ialah AirAsia telah membuat promotion ke KK dan beberapa tempat lain dengan kadar serendah O sen kot! Jadinya, kakak aku dengan gigihnya cuba  membooking tiket sebanyak yang mungkin untuk family kami. Hasilnya, kakak aku berjaya merembat tiket utk 7 orang pergi balik ke Sabah! Jumlah seorang dalam RM38.00 setelah termasuk tax..

Tapi nak dijadikan cerita, masa penerbangannya ialah lebih kurang setahun daripada tempoh booking tu..huahua!!

So, setelah beberapa purnama kami menanti, akhirnya tibalah saat2 yang dinanti2kan..Khamis-Sabtu..Yang jadi masalahnya pulak time tu kelas aku dah start, sem baru! Puas dok pikir nak pergi kelas ke nak pergi KK. Dengan hati yang baik plus takut2 kucing, takut lak rasa nak memonteng. Sebab yang menjadi halangan terbesar yang bakal merencatkan cita2 ke KK aku ialah sebab:

1) baru masuk minggu kedua
2) ada 1 kelas yang lecturer bukan lecturer course kitorang
- pastu nak dijadikan cerita, kelas sebelumnya dia xde, so kot2 beliau datang lak time kelas yang aku nak ponteng ni..
- malas nak cari pasal dalam kelas beliau sebab x tahu style beliau camne, lagi2 bukan lecturer course so agak payah nak cari, tambahan pulak timbalan dekan..

Okeh..tu cukup menggoyahkan iman aku nak pergi. Akhirnya, setelah puas berpikir, dengan naluri hati yang kuat, aku pon terpaksa buat pilihan dengan memilih untuk berjimba2 di KK dan meninggalkan kelas aku yang tercenta! Yelah, kan tiba2 puas aku nak sacrifice taknak g KK, tiba2 kelas tu cancel lak kan? Bak kata orang 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. hehe!

(baru intro neh, penat dah menaip..okeh perjalanan kat sana cerita ikut gambar je lah :P)

1) Pulau Manukan, Sapi

- ada 5 pulau yang termasuk dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park : Mamutik, Sapi, Suluk, Manukan, Gaya
- boleh bersnorkelling or berjemur. Banyak minah saleh berbikini sambil berjemur demi mendapatkan kulit yang tanned. Haha!
-1st time bersnorkel, ingat kena pandai berenang or menyelam baru boleh. Hehe. Tapi asal air stil masuk dalam alat snorkel aku tuh?aku yang tak reti pakai kot??





2) Jesselton Point

-ni kira tempat untuk naik2 dan turun bot nak pergi pulau




3) Kota Kinabalu Park, Sabah Botanical Garden

- Terletak di Kundasang
- Ambil masa lebih kurang sejam setengah dari KK
- Di tanah Tinggi, suhu rendah, berkabus2




Gunung Kinabalu kat belakang tapi kena tutup dengan kabus


4) Pekan Nabalu

- Pekan persinggahan nak pergi Kundasang
- On the wat turun dari Kinabalu Park ke KK
- Banyak hasil2 tanaman dari tanah tinggi dipasarkan
- Ada barang kraftangan dan souvenir
- Pelbagai jenis makanan macam kerepek, pisang




5) Pasar Philiphine

-Tempat yang famous dengan hasil Sabah. Contoh: ikan bilis, ikan kering, keropok2, souvenir, gelang mutiara
- Kat sini je aku dengan kakak aku berabeh seratus lebih untuk keychain je

6) Makan2

- Kat sini kos makanan agak tinggi gak




p/s:

1) Ada banyak lagi tempat menarik, tapi takde gambar plus aku da ingat2 lupa. hehe
2) Oh ya, ada 2 3 kelas yang cancel time pemergian aku tu..Mujur mujur! Tak sia2 aku memonteng :)
3) Ada peluang teringin nak panjat gunung Kinabalu
4) Ni souvenir aku untuk kalian2..ahaha. Layann!



Alhamdulillah :)






2 comments:

atinhs89 said...

waaaahhhh...cne nk dpt tiket murah cm tu eh????nk g !!!!!!!!!

amalina said...

kdg2 ada promotion kt paper or kt website