Tuesday, January 31, 2012

Canopy walkway, FRIM Kepong


Assalamualaikum.

Hari makin hari makin malas update blog. Hari makin hari malas nak type2. Rasa cam nak tepek gamba je, tapi tu pon malas jugak nak tunggu upload gambar. Akhirnye setelah gigih berperang dengan malas tu, terhasillah entry pertama tahun 2012! *clap..clap, tepuk tangan*. itupun lepas beberapa hari, tak siap2 -.-

Hari tu gigih pergi FRIM, Kepong sebab nak naik canopy walkway. Pergi dengan kakak sarawak dan bawa bersama mak ayah, adik dua orang dan 'adik-adik' yang tiga orang tu. Konon nak pergi awal pagi tapinya da janji melayu, gerak lambat jugak. Matahari pon da keluar, nasib baik banyak pokok situ. Pastu, buat bayaran dulu kat bawah, kat Pusat Bayaran Setempat. Harga tertera cam gambar kat tiket bawah. Oh ye, siapa yang berminat, bolehla pergi. Canopy walkway ni dibuka setiap hari kecuali isnin dan jumaat. 9.30 pagi-2.00 petang. Last trip 1.30 petang. Semuanya bergantung juga kepada keadaan cuaca. Kepanjangan Canopy walkway ni kira-kira 150m.



Teruskan perjalanan. Mula- mula tengok oh canopy walkway ni 900m ke hadapan je. Dah seronok, takdelah jauh sangat eh? Ermm tapi...


400 m pertama jalan camni, okeh masih boleh bertahan. Nasib baik dah warm up panjat broga hill 2 days before :)

Okeh lagi 500m ke hadapan...lebih perlukan tenaga..







Akhirnya..setelah lebih kurang 40 minit *termasuk duduk2 rehat*







Antara pemandangan indah sepanjang walkway..:)





Perjalanan setelah turun walkway..







Agak menarik sebab lepastu akan jumpa air terjun. Perjalanan seterusnya adalah mengikut aliran air ke bawah.







Yeay! :D

No comments: