Tuesday, September 18, 2012
“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Bangun pagi yang tak berapa nak pagi dah, tiba tiba teringat ayat di atas. Sebelum ini ibarat angin lalu, tapi bila terkena dengan sesuatu perkara, dengan tak langsung kaitkan pulak peristiwa itu dengan ayat ini. Barulah betul menusuk hati. Sungguhla aku sangat sukakan sesuatu dan boleh jadi ia buruk bagiku dan aku bencikan sesuatu, dan boleh jadi ia baik untukku.
Ya Allah, damaikanlah hatiku. Jadikan aku redha..Aku sungguh lemah. Rapuhnya hati, jiwa dan perasaanku. Malu aku untuk meminta-minta sedangkan amalan tak setimpal. Namun, hanya Engkau sahaja tempatku meminta minta..Ampunkan dosaku, dosa ibu bapaku, ahli keluargaku, kawan kawanku dan guru guruku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment