Thursday, February 28, 2013

Assalamualaikum

Tiada siapa yang tahu pesanan malam tu pesanan ayah yang terakhir. Tiada siapa tahu kerenah pelik-pelik ayah tu satu tanda. Siapa sangka makanan yang ayah makan tu makanan yang terakhir. Siapa tahu yang permintaan tu permintaan yang tiada lagi ulangan lepas ni. Panggilan tu pun tiada siapa tahu yang lepasnya takkan ada lagi panggilan2 ayah. Sihat sekejap itu sebelum pergi juga satu tanda. 

Tiada yang tahu ramadan dua tahun lepas ramadan ayah yang terakhir dalam keadaan sihat. Siapa sangka lebih kurang dua tahun terakhir ayah diuji sebelum dipanggil. Tiada yang sangka raya haritu raya yang terakhir. Siapa tahu solat yang bilakah jadi solat yang terakhir ayah. Macam manakah keadaan ayah ketika di hujung nyawa. Macam mana keadaan ayah ketika berdepan dengan malaikat ketika nafas di hujung. Apalah agaknya khabar ayah di sana. Sebak. Rindu. Moga ayah tenang mengadap ilahi.  Moga dosa ayah diampunkan, diberi rahmat dan ditempatkan bersama kekasihNya. Dan moga kepulangan itu juga yang sebaiknya.

Benarlah, janji Allah itu pasti. Di bumi manakah kita akan mati, kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui

 Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya. (Luqman:34)






Tuesday, September 18, 2012


     “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Bangun pagi yang tak berapa nak pagi dah, tiba tiba teringat ayat di atas. Sebelum ini ibarat angin lalu, tapi bila terkena dengan sesuatu perkara, dengan tak langsung kaitkan pulak peristiwa itu dengan ayat ini. Barulah betul menusuk hati. Sungguhla aku sangat sukakan sesuatu dan boleh jadi ia buruk bagiku dan aku bencikan sesuatu, dan boleh jadi ia baik untukku.

Ya Allah, damaikanlah hatiku. Jadikan aku redha..Aku sungguh lemah. Rapuhnya hati, jiwa dan perasaanku. Malu aku untuk meminta-minta sedangkan amalan tak setimpal. Namun, hanya Engkau sahaja tempatku meminta minta..Ampunkan dosaku, dosa ibu bapaku, ahli keluargaku, kawan kawanku dan guru guruku..

Monday, February 27, 2012

Saturday, February 4, 2012

Kahwin~

Assalamualaikum

21 Jan 2012 itu hari ialah hari perkahwinan Syima, kawan sekolah sejak sek rendah sampailah ke muar. Alhamdulillah seorang lagi kawan dah selamat melangkah ke alam baru. Tahniah syima!. Barakallah dan selamat pengantin baru! So, dah nama budak kelas kawen kan, semangat lah kitorang yang sekelas ni (sains 7, muar) nak pergi. Kat situ jugak, terserempak dengan sebah (kawan sek rendah - f3), yaya dan farah (kawan sek rendah).






Eh eh ehh banyak lagi gambar kitorang dari gambar pengantin. Haha. Oh ye, SEMUA gambar kat atas ni dari haziq..! Kredit untuk haziq. Tak pernahnya gambar dalam blog aku ni dari kamera aku sendiri :( Asyik menumpang je kan. kan..

Mintak-mintak praktikal ni dapat elaun yang cukup BANYAK untuk aku beli kamera idaman untuk pergi jalan2 ke tempat impian. yihuu..! Apa yang idaman dan impian sangat tuh?

Nikon CoolPix AW100
Source: Nikon
Oh oh tapi mahal sungguh la ini kamera. Tapi apa yang best sangat dengan kamera ini? Sebabnya sangat sesuai untuk aktiviti outdoor dan WATERPROOF!.  Bila dah waterproof tuh, bolehlah aku bawak kat tempat bawah ini dan buat aktiviti macam kat bawah ni..Tak gitu?
Perhentian
Source: Google
Snorkelling
Source: Google

Apa yang menarik sangat dengan Perhentian ini? Pemandangan bawah air sangatlah cantik! Kalau bernasib baik, bolehlah jumpa shark dan penyu. Akanku jejak ke sini satu hari nanti. Jadi, kamera, perhentian dan snorkelling itu wishlist aku yang diupdate untuk masa sekarang. eheh. Amin. Mudah-mudahan.

Dan, barakallah juga kepada seorang  member lama dan baik yang selamat melangsungkan perkahwinannya seminggu lepas syima..Selamat, selamat!



Tuesday, January 31, 2012

Canopy walkway, FRIM Kepong


Assalamualaikum.

Hari makin hari makin malas update blog. Hari makin hari malas nak type2. Rasa cam nak tepek gamba je, tapi tu pon malas jugak nak tunggu upload gambar. Akhirnye setelah gigih berperang dengan malas tu, terhasillah entry pertama tahun 2012! *clap..clap, tepuk tangan*. itupun lepas beberapa hari, tak siap2 -.-

Hari tu gigih pergi FRIM, Kepong sebab nak naik canopy walkway. Pergi dengan kakak sarawak dan bawa bersama mak ayah, adik dua orang dan 'adik-adik' yang tiga orang tu. Konon nak pergi awal pagi tapinya da janji melayu, gerak lambat jugak. Matahari pon da keluar, nasib baik banyak pokok situ. Pastu, buat bayaran dulu kat bawah, kat Pusat Bayaran Setempat. Harga tertera cam gambar kat tiket bawah. Oh ye, siapa yang berminat, bolehla pergi. Canopy walkway ni dibuka setiap hari kecuali isnin dan jumaat. 9.30 pagi-2.00 petang. Last trip 1.30 petang. Semuanya bergantung juga kepada keadaan cuaca. Kepanjangan Canopy walkway ni kira-kira 150m.



Teruskan perjalanan. Mula- mula tengok oh canopy walkway ni 900m ke hadapan je. Dah seronok, takdelah jauh sangat eh? Ermm tapi...


400 m pertama jalan camni, okeh masih boleh bertahan. Nasib baik dah warm up panjat broga hill 2 days before :)

Okeh lagi 500m ke hadapan...lebih perlukan tenaga..







Akhirnya..setelah lebih kurang 40 minit *termasuk duduk2 rehat*







Antara pemandangan indah sepanjang walkway..:)





Perjalanan setelah turun walkway..







Agak menarik sebab lepastu akan jumpa air terjun. Perjalanan seterusnya adalah mengikut aliran air ke bawah.







Yeay! :D

Friday, December 9, 2011

kemudahan ketika kesulitan

Doa Saat Ditimpa Kesulitan (Mohon Kemudahan)



Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,


اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِذَا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً


 “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”

Mudah2an diberi kekuatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan

Sunday, October 30, 2011

tak patut

assalamualaikum

aku bukanlah anak yang baik
malahan bukan juga adik yang baik
kakak yang baik?jauh sekali...
















tapi...



















mak, ayah, kakak2, abang dan adik2 aku semuanya baik dengan aku..

sobs..tak patut =.=

Thursday, October 6, 2011

pengajaran

Saya seharusnya menjelaskan apa yang datang dahulu jika berada dalam keadaan tersepit

Saya patut bertenang

???

Thursday, August 25, 2011

Dah nak habis~

Assalamualaikum

Harini 25Ogos bersamaan 25 Ramadan. Maksudnya? Ramadan pon dah nak habis. Pas Ramadan, Syawal lah kan. Raya pon dah start menjengah2. Pas raya lagi apa maksudnya? Haa cuti sem pon dah nak habis! Grr. Dah nak dekat 4 bulan aku bertapa kat rumah, sikit lagi nak kalahkan time pas spm aritu. Lama tak lama lak kan. Apa yang aku dapat sepanjang cuti ni? haa jangan tanya! Nanti aku meraup muka sambil geleng2 kepala dan mengelap air mata dan menghembus hidung. Over sudahh~ huhu. 


Kacau2! Tak syok rasa bangun pagi tiap2 hari dok hitung tinggal lagi bape hari..Haha nasiblah kan siapa suruh kira. Bergolak perasaan sampaikan hormon dalam badan pon nak memberontak sama. Estrogen dengan progesteron da tolak menolak siapa yang patut rembes banyak, siapa yang patut duduk diam. Hasilnya, buatkan emosi aku kacau. Eehhh mana dulu ni? Hormon punya pasal ke emosi tak stabil dulu? Ayam ke telur dulu? Hahaa lagi sekali melerettt.


Bulan puasa pon da tinggal lagi 4 hari. Terawih pon da tinggal lagi 4 malam termasuk malam ni. Tahun ni Ramadan 29 hari je. Huk huk jomlah sama2 wat yang terbaik untuk hujung2 ni. Entah2 ni Ramadan terakhir? 'Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah' - Laksamana Sunan. 


p/s: Ogos tahun ini paling meriah kot. Waktu ni lah cuti sem, puasa sebulan masa bulan ni, raya pon jatuh bulan ini, merdeka day pon bulan ni dannn besday aku pon bulan ni! Hak hak. Lastly, Happy National Day, Malaysia! 

Sunday, August 14, 2011

award lagi!

Assalamualaikum

Haa dapat award lagi~~


haha..stylo jugak rupanya aku. Award kali ni takde apa2 requirement. So bolehlah kot nak cerita apa2. Hehee. Penganugerah award ni ialah tak lain tak bukan adalahhh puan maira hehe terima kasih sekali lagi yeh maira.. 

Moh cite siket pasal dia ni. Dia ni kawan rapat masa kat muoo. Dulu selalu datang lepak bilik dia tiap2 malam lepas prep, tiap2 tengahari pas kelas, tiap2 petang pas kelas, tiap2 pagi2 kalau sempat, tiap2 pagi, petang, malam sabtu dan ahad, tiap2 kali nak turun makan, tiap2 kali nak turun riadah. Tiap2 lagi..Setiap masa dan ketika.  Haa, taksah kalo tiap2 hari tu tak singgah dan lepak jap bilik dia. Bukan setakat singgah, malah kadang2 bermalam dan selalunya mengepau stok beliau lagi especially biskut berass~ hee. Bilik maira ibarat bilik kedua aku. Hehe. Taktau la nape, tapi bilik dia nampak sangat sejuk dan nyaman malahan menarik dan tenang untuk dilepak sana. Hee gomen ne maira chan. u're owes the best comfort. arigatou..

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kamu sekeluarga setiap masa dan ketika di atas setiap kemurahan dan kebaikan hati kamu itu. Watashiwa, anata aishiteimasu!!!.  itsu demo egao wa wasurenai! (nilah hasil perguruan dengan google :P) Harap2 pasni dapat lepak samaa!! wuuu...





Oklah cam biasa award haruslah dipass kan. Benda baik haruslah dikongsi bersama. Agak2 orang yang stylo adalah:: hehe


Saturday, August 13, 2011

Oh Ramadan~

Assalamualaikum

Berlalu sudah fasa pertama Ramadan..Apakah perasaan kita apabila fasa 1 sudah meninggalkan kita? Dan kini kita sedang di fasa 2 Ramadan.. 

Fasa 1 (10 hari pertama) : Rahmat dan kasih sayang Allah
Fasa 2 (10 hari pertengahan) : Magfirah dan keampunan dari Allah
Fasa 3 (10 hari akhir) : Kemerdekaan dari api neraka



Bulan Ramadan ialah bulan yang ada keistimewaan dan kelebihan yang terhitung banyaknya. Antara kelebihan2 Ramadan ialah:

  • ditutup pintu pintu neraka, dibukakan pintu pintu syurga 
  • dibelenggu Iblis dan Syaitan  
  • Membaca Alquran diberi ganjaran 10 pahala pada setiap hurufnya
  • setiap amalan sunat diberi pahala wajib
  • setiap amalan wajib diberi 70 kali ganda pahala


Moga2 Ramadan tahun ini lebih baik buat diri kita semua. Amin